Thursday, September 30, 2010

I'm soooo Random..

tetiba, masa tgh cuci tangan.. terfikir akan satu peribahasa ni..

secara jujur, entah dari mana ia dtg..

tetapi tidak lah penuh peribahasa itu...

yang terlintas di kepala.. ".... kelingking berkait.."

rasa nya ada perkataan telunjuk dalam peribahasa ini..

siap cuci tangan.. terus google.. tup tup.. terus jumpa..

"telunjuk lurus, kelingking berkait"

gitu..

secara jujurnya, aku sangat meminati bahasa melayu..
dan sedari kecil lagi, aku sangat suka penggunakan simpulan bahasa dan peribahasa..
bayangkan, pada masa sekolah rendah dahulu, beria-ia aku meminta mama belikan buku Simpulan Bahasa dan Peribahasa, lengkap dgn maksud dan contoh penggunaan ayat..

dari kulit ke kulit ku baca.. bila cikgu meminta pelajar memberikan satu contoh peribahasa,
lantas aku menjawab.."Naik x bertangga, turun tak berpintu" cikgu aku diam sejenak..
bukan salah cikgu tu pun.. sekiranya aku tidak membaca buku himpunan peribahasa itu, aku pun tidak pernah dgr peribahasa ini..

tp mmg sungguh indah budi bahasa org dulu.. mereka, kalau nk tegur org pun, bukan la 'direct to the point', tp, bak kata org, pukul anak, sindir menantu (haha.. contoh peribahasa pun ala2 berkaitan ikatan perkahwinan...)... tindakan bijak perlu diambil utk menjaga kerukunan hidup agar tiada yg terasa mahupun terkecil, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak..


5 comments:

hana yoriee said...

waahh..zaila dh mula berperibahasa..hehe

Hana said...

patut la zaila leh wat script drama superb :) ske peribahasa rupenya.. tapi sbenarnye memang sedap bahasa dlu2 ni

Elya Roza said...

ewah zailaa.....!!!lepas ni gi apply jd cikgu bahasa yeh:p

famzmhj said...

teringat adik atun pun ade buku peribahasa jugak... banyak yang tak pernah dengar, kadang-kadang atun gelak sendiri bila baca. ^^

by the way, 'Naik x bertangga, turun tak berpintu' tu ape maksudnye? :">

thezaila said...

hana yorie --> hehehe.. zaila dah buat perangai lama dah.. sangat kagun dgn peribahasa melayu.. menunjukkan org melayu zaman dahulu sangat cepat berfikir..

hana --> dulu kini dan selamanya, bercita2 nk jadi pelakon.. gitu.. tp berwajah kurang komersial.. takut filem x bleh jual.. kikikiki..

elya --> dah 2 kali apply cikgu.. tp x dapat... :(
kalau jadi cikgu.. banyak cakap dari mengajar kot??? muhahahha

Cik Atun --> betul tu cik atun, kekadang gelak sendiri.. begitu kreatif org zaman dulu.. selalu nya, peribahasa ini wujud atas pemerhatian org dahulu kala.. bijak kan mereka..

maksud peribahasa "naik tak bertangga, turun x berpintu" ialahMelakukan sesuatu perbuat yang salah..