Monday, June 30, 2008

Dia




Dia
molek rupanya,
Dia
periang karaktornya,
Dia
hip gayanya,
Dia
Cemerkap tingkahnya,
Dia
sempurna ni mata kita.

Sebalik dia
Gelora perasaannya,
Sebalik dia
Kecamuk rasanya,
Sebalik dia
dendam membara.

Sebalik dia
lain wajahnya
Sebalik dia
bengis perwatakkannya,
Sebalik dia
pelbagai akalnya,
Sebalik dia,
penyedut darah mangsanya.

Siapakah rakan pada si dia
Siapakah seteru bagi si dia.
Entah!

Jika dilaungkan pada dia,
Siapa aku di sisi mu,
tercoret jawapan di air mukanya
tanpa perlu irama kata.

"Usah ditanya siapa kamu di sisi ku.
Akan ku hampirimu, jika ku perlu kamu..
Selagi dirimu tidak ku seru,
nyahlah engkau dari pandanganku."

"Sekiranya kau pembawa untung,
akan ku simpan kau di kantung,
kan ku jadikan kau sebagai patung,
sehingga hari kan bersambung."

Begitulah madah wahai si dia.

Dia
molek rupanya,
Dia
periang karaktornya,
Dia
hip gayanya,
Dia
Cemerkap tingkahnya,
Dia
sempurna ni mata kita.

No comments: