Sunday, April 16, 2006

Per'l Kacip Fatimah


kuala terengganu 16 Apr- Minuman botani keluaran Power Root, Per'l Kacip Fatimah mendapat sambutan luar biasa sejak akhir-akhir ini.Kira nya memang power la tu...

produk ini dikatakan memberi tenaga tambahan kepada pengguna yang meminumnya. menurut pemerhati pasaran, jualan minuman ini mencapai jualan kira-kira 2 kali ganda pada bulan lalu berbanding bulan-bulan sebelumnya. lepas membuat pemerhatian, didapati peningkatan jualan minuman botani ini adalah ekoran daripada demam Peperiksaan akhir pelajar Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM).

Per'l Kacip fatimah mengandungi Isi Kandungan Air Bertapis, Ekstrak Kacip Fatimah, Ekstrak Kurma Madu, Jus Limau, Asid sitrik, Glugos, Pengawet yang Dibenarkan. Mak aih, banyak nya kandungan buah-buahan.. Macam mana zaila yang tak boleh makan buah, boleh minum minuman ni ek??

menurut seorang pembeli, Noreen Farisa Mohd Nuri (bukan nama sebanar), minumman ini benar-benar memberi tenaga kepada beliau untuk berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan projeknya. kata nya lagi, beliau penah meminum minuman ini sebanyak 4 tin shari ekoran rasanya yang sungguh sedap.Slrruuuppp...(ini bukan promosi utk mamee slruupp mawi..)

melalui kaji selidaik yang dijalankan di kalangan penduduk di Taman Tanjung Permata, Gong Badak, didapat rumah bernombor 46 merupakan pembeli terbanyak minuman ini. menurut salah seorang penghuni rumah bernombor 46 di Taman Tanjung Permata, pembelian Per'l Kacip Fatimah ada kala melebih 6 tin sehari!! wow!!

sumber
: WartaAuta

No comments: