Friday, November 18, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia terutama sekali kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai. untuk raya tahun ni biasa saja... macam2 tahun yang lepas. orang kata hari raya macam ni, budak2 la yang paling seronok. bagi yang sudah dewasa, sambutannya cukup sekadar ala kadar sahaja.

Tapi tahun ni ramai gak yang rasa macam terkejar2 sikit, memandangkan waktu berbuka agak cepat berdanding tahun2 sebelumnya (lagi dua tiga minit nk ke pukul 7 ptg). raya tahun ni aku tak sempat nk buat kuih raya kt mama. ditambah pula balik rumah lewat sebab ada exam sebelum raya...

macam biasa, tahun balik kampung sebelahah mama. masa balik sana semua dah ada kat kampung kecuali pak yop. tahun ni, dia beraya kt kampung wife dia. tak dapat jumpa adam.semapt gak tolong opah buat ketupat dan rendang.macam-macam ada..

pagi raya, biasa la.. sesi bermaaf-maafan menghibakan suasana pagi raya. maaf dipinta mengampun dosa. semapt gak la jumpa cousins..masing-masing dah besar panjang.teringat masa budak-budak dulu, naik basikal sama2, pergi mandi sungai sama2, pergi bendang, pergi rumah arwah moyang.. sekarang semua dah besar, tak merasa lagi nk buat semua tu.. semua dalam kenangan..

emm..hari ni mama kata, nk buar open house. sorry mama, tak dapat balik...nina balik bulan depan kot..huaaaaa....


>>wif my only brother <<


~~my cousins ~~


**mummy dearest**

No comments: