Wednesday, November 16, 2005

Perkataan 'rOjAk'

A : where were u going? i call u yesterday..
B : i went to mall la... 'lepak'ing wif my chick..
A : r u coming 4 pengakap meeting dis weekend ah?
B : i dun think so ar... i tido lagi baik.. y? u r going eh.. so 'semangat'ed.
A : sure go ah.. i'm goin to the camp fire nite... the gadget n the fire work soo 'cun'ted.. waliau weh....

dari perbualan dua orang di atas, didapati beberapa perkataan melayu yang telah dicampuradukan menjadi perkataan separuh melayu.. dulu selalu kita dengar orang bersembang menggunakan bahasa rojak(bahasa melayu dicampuradukkan dengan perkataan inggeris).. agaknya masa semakin pantas bergerak tanpa menoleh belakan walau seditik atau anak muda sekarang semakin kreatif 'menerbitkan' perkataan baru..

kalau nk diikut kan kt sekolah dulu macam-macam perkataan rojak yang digunakan.. kadang-kadang seronok juga mendengarnyanya. tapi kadang-kadang, risau juga kalau-kalau berbawa-bawa sehingga menjadi ikutan adik-adik yang masih belajar berbahasa dengan betul... kiranya perbuatan ni dah dikira sebagai merosakkan bahasa..

bercerita pasal bahasa ni... teringat masa zaman sekolah dulu... kebanyakkan dari kawan-kawan gemar bertutur dalam bahas inggeris. bahkan kadang-kadang, cikgu-cikgi menggunakan seratus peratus bahasa melayu... bahasa melayu dibelajar sekadar nak lulus... emmm macam mana ek..

sehingga satu tahap, bahasa inggeris menjadi keperluan. bukan apa, kalau ada mesyuarat atau perjumpaan, mereka lebih gemar menggunakan bahasa inggeris. bukan itu sahaja, semasa membuat pengumuman pada setiap pagi, setiausaha2 kelab dan persatuan akan menulis pengumuman mereka dalam bahasa inggeris.. pendek kata xde kelaslah kalau tidak berbahasa inggeris.. Justeru, macam mana ya?

No comments: